Hadis Sahih Bukhari No. 1415 Jilid 3 Topik adalah Yahudi 1415, Dari Auf bin Malik r.a., katanya: Saya datang menghadap Nabi s.a.w. waktu peperangan Tabuk dan beliau dalam khemah dari kulit, lalu beliau bersabda: "Hitunglah enam tanda kiamat: Wafatku, menaklukkan Baitul Muqqadis, banyak orang mati sebagai kambing diserang penyakit, banyak harta sehingga seseorang diberi seratus dinar, ia merasa jengkel (merasa sedikit) dan fitnah. Tiada satu rumah orang Arab pun yang tiada dimasukinya perdamaian yang ada antara kamu dan Bani Asfar (bangsa kulit kuning), mereka menipu lalu mereka datang kepada mu di bawah lapan puluh bendera; di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentera.". |