Hadis Sahih Muslim No. 1413 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1413. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik." |