Hadis Sahih Bukhari No. 1413 Jilid 3 Topik adalah Yahudi 1413, Dari Sahl bin Abu Hatsmah r.a., katanya: Abdullah bin Sahl dan Muhaisah bin Masuud bin Zaid pergi ke Khaibar, dan Khaibar pada waktu itu dalam keadaan damai. Kemudian keduanya berpisahlah. Sesudah itu datanglah Muhaisah kepada Abdullah bin Sahl. Didapatinya ia bermandikan darah kerana mati terbunuh, lalu dikuburkannya. Kemudian ia datang ke Madinah. Maka pergilah Abdur Rahman bin Sahl, Muhaisah dan Huwaisah, dua orang anak Masuud, menghadap Nabi s.a.w., lalu Abdur Rahman lebih dahulu bicara. Maka beliau bersabda: "Yang tua, yang tua berbicara dahulu!" Dan dia paling muda, lalu ia diam. Maka yang berdua lalu berbicara. Beliau bersabda: "Mahukah kamu bersumpah dan menuntut orang yang membunuhmu atau kawanmu?" Kata mereka: "Bagaimana kami bersumpah (menuntut), pada hal kami tiada menghadiri dan tiada melihat pembunuhan itu?" Beliau bersabda: "Orang Yahudi akan berlepas diri dari kamu dengan sumpah sampai lima puluh kali. Mereka berkata: Bagaimana kami mengambil sumpah kafir'? Nabi s.a.w. sendiri membayarnya. |