Hadis Sahih Bukhari No. 1411 Jilid 3 Topik adalah Yahudi 1411, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ketika kami dalam masjid, Nabi s.a.w. datang kepada kami, lalu beliau bersabda: "Marilah kita pergi kepada orang Yahudi!" Lalu kami pergi, sehingga ketika kami tiba di rumah perguruan orang Yahudi, beliau bersabda: "Islam lah kamu, supaya kamu selamat! Ketahuilah bahawa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya hendak mengusir kamu dari negeri ini. Siapa yang mempunyai sesuatu miliknya sendiri, hendaklah dijualnya! Kalau tidak, ketahuilah bahawa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya". |