Hadis Sahih Muslim No. 1409 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1409. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Bapaku 'Abdullah meninggal dunia, meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Lalu aku kahwin dengan seorang janda. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada ku, "Ya, Jabir! Ku dengar engkau sudah kahwin. Benarkah itu?" Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah." Tanya beliau, "Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya Rasulullah." Sabda Nabi saw., "Kenapa tidak dengan gadis, walaupun gadis itu sahaya, engkau akan senang bercumbu atau gelak tertawa dengannya." Jawab ku, "Ayahku, 'Abdullah meninggal dunia dan meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Aku tidak ingin kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan saudara-saudaraku, tetapi lebih suka membawa kepada mereka perempuan yang dapat mengurus kemaslahatan mereka." Sabda Nabi saw., "Semoga Allah memberkati mu." |