Hadis Sahih Muslim No. 1408 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1408. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku kahwin pada masa Rasulullah saw., sesudah itu aku bertemu dengan Nabi saw., lalu beliau bertanya: "Ya, Jabir! Sudah kahwinkah engkau?" Jawab ku, "Sudah, ya Rasulullah!" Tanya beliau: "Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda." Sabda beliau, "Kenapa tidak dengan gadis? Engkau akan senang bersenda-gurau dengannya." Jawab ku, "Aku punya saudara-saudara perempuan, ya Rasulullah. Aku khuatir isteri ku akan turut mengatur urusanku dengan adik-adikku." Sabda Rasulullah saw., "Oh!, begitu. Kerana itulah justeru wanita itu dikahwini kerana agamanya, kerana hartanya, dan kerana kecantikannya. Rupanya engkau telah memilih yang beragama. Semoga engkau bahagia!" |