Hadis Sahih Bukhari No. 1408 Jilid 3 Topik adalah Perang 1408, Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin Hadrami menjadi Amir (pembesar) mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu solat subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai solat subuh bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka. Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah datang membawa sesuatu". Mereka berkata: "Sebenarnya, ya Rasulullah!" Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan, dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya". |