Hadis Sahih Bukhari No. 1406 Jilid 3 Topik adalah Perang 1406, Dari Abdullah r.a., katanya: Di hari peperangan Hunain, Nabi s.a.w. mengutamakan beberapa orang tentang pembahagian. Beliau beri Aqra' bin Habis seratus ekor unta dan beliau beri Uyainah sebanyak itu pula. Beliau beri pula di antara pemuka-pemuka bangsa Arab, dan beliau mengutamakan mereka pada hari itu dalam pembahagian. Seorang laki-laki berkata: "Demi Allah! Nantilah saya khabarkan kepada Nabi s.a.w." Lalu saya datang menemui beliau dan saya khabarkan hal itu. Beliau bersabda: "Siapakah lagi yang adil kalau Allah dan RasulNya tiada adil? Tuhan memberi rahmat kepada Nabi Musa! Sesungguhnya ia telah disakiti lebih banyak dari ini, dan ia pun sabar". |