Hadis Sahih Muslim No. 1405 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1405. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tidak seorang jua pun wanita yang ku sukai menjadi contoh teladan bagi ku selain Saudah binti Zam'ah; iaitu seorang wanita yang berfikiran tajam." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Tatkala Saudah berangsur tua juga, dia memberikan hari gilirannya di samping Rasulullah saw. kepada 'Aisyah." Katanya, "Ya, Rasulullah! Hari giliranku bersama Anda ku berikan kepada 'Aisyah." Kerana itu giliran 'Aisyah bersama Nabi saw. menjadi dua hari. Satu hari ialah hari gilirannya sendiri, sedang yang satu hari lagi ialah hari giliran Saudah." |