Hadis Sahih Bukhari No. 1405 Jilid 3 Topik adalah Perang 1405, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Saya berjalan bersama Nabi s.a.w. Beliau memakai pakaian buatan Najran, tebal tepinya. Seorang Arab dusun datang kepada beliau lalu dibelanya pakaian beliau itu dengan keras, sehingga saya lihat tengkok Nabi s.a.w. berbekas oleh cadar itu disebabkan keras helaannya. Kemudian orang Arab dusun tadi berkata: "Berilah saya harta Allah yang ada pada tuan!" Beliau lalu menoleh kepadanya, sambil tertawa. Kemudian beliau suruh beri! |