Hadis Sahih Muslim No. 1404 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1404. Dari Anas r.a., katanya; "Nabi saw. mempunyai sembilan orang isteri. Bila beliau menggilir mereka, baru kembali kepada isteri pertama setelah hari kesembilan. Biasanya mereka berkumpul setiap malam di rumah isteri yang sedang beliau datangi. Pada suatu waktu, ketika beliau sedang giliran di rumah 'Aisyah, Zainab datang. Rasulullah saw. mengulurkan tangannya kepada Zainab, lalu kata 'Aisyah, "Ini Zainab!" Kerana itu Nabi saw. menarik tangannya kembali. Maka terjadilah pertengkaran antara 'Aisyah dan Zainab, padahal solat sudah diqamatkan orang. Kebetulan Abu Bakar lewat dekat situ dan dia mendengar suara keduanya bertengkar. Lalu kata Abu Bakar, "Ya,Rasulullah! Keluarlah solat. Tutup mulut mereka dengan tanah." Rasulullah saw. keluar pergi solat. Kata 'Aisyah, "Setelah selesai solat, tentu Abu Bakar akan datang memarahi ku." Benar juga, setelah selesai solat, Abu Bakar mendatangi 'Aisyah dan memarahinya. Katanya, "Begini kiranya perbuatanmu!" |