Hadis Sahih Bukhari No. 1404 Jilid 3 Topik adalah Perang 1404, Dari Jubair bin Muth'im r.a., Ketika ia bersama Rasulullah s.a.w. dan orang banyak berangkat dari Hunain, orang Arab dusun memegang Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kepada beliau, sehingga beliau terpaksa menghindar ke pohon Samurah, lalu disangkutkannya cadar beliau. Rasulullah s.a.w. lalu berdiri (berhenti), kemudian bersabda: "Jikalau sekiranya binatang ternak sejumlah pohon berduri ini, akan saya bahagi-bahagikan antaramu, kamu tiada mendapati saya seorang yang bakhil, pendusta dan penakut". |