Hadis Sahih Bukhari No. 1400 Jilid 3 Topik adalah Perang 1400, Dari Abdur Rahman bin 'Auf r.a., katanya: Ketika saya berdiri dalam barisan pada hari peperangan Badr, saya memandang ke kanan dan ke kiri, tiba-tiba dekat saya ada dua orang pemuda Ansar yang masih muda umurnya. Saya ingin supaya saya berada di dekat orang yang lebih kuat di antara keduanya. Salah seorang dari mereka mencubit saya, katanya: "Hai pakcik! Adakah engkau tahu Abu Jahil?" Jawab saya: "Ada! Apa keperluan engkau kepadanya, hai anak saudaraku? "Jawabnya: "Saya mendapat khabar, bahawa ia memaki Rasulullah s.a.w.! Demi Tuhan, yang diri ku di tanganNya, jika saya melihatnya badanku dan badannya tidak akan berpisah sebelum lebih dahulu mati salah seorang di antara kami. "Saya tertarik mendengar katanya. Lalu yang seorang lagi mencubit saya. Ia berkata kepada saya seperti itu pula. Tidak lama antaranya, saya melihat Abu Jahil mundar-mandir di tengah orang banyak. Saya berkata: "Hai! Inilah orang yang kamu tanyakan kepada saya." Lalu keduanya melompatinya dengan pedang terus ditetaknya sampai mati. Kemudian, keduanya pergi kepada Rasulullah s.a.w. lalu diceritakannya kepada beliau. Beliau bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya?" Masing-masingnya berkata:" "Saya yang membunuhnya." Beliau bertanya: "Telah kamu bersihkan pedangmu?" Keduanya menjawab: "Belum." Beliau lalu melihat kedua pedang itu. Lalu bersabda: "Kamu keduanya yang membunuhnya! Barangnya untuk Muaz bin Amr bin Jamuh". Kedua pemuda itu ialah Muaz bin 'Afrak dan Muaz bin Amr bin Jamuh. |