Hadis Sahih Muslim No. 1399 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1399. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Sa'ad bin Abi Waqqash bersengketa dengan 'Abdu bin Zam'ah mengenai seorang anak lelaki. Kata Sa'ad, "Ya, Rasulullah! Anak ini adalah anak saudara ku 'Utbah bin Abi Waqqash. Dia berpesan kepada ku bahawa ini memang anaknya. Tengoklah bukankah dia serupa benar dengan 'Utbah?" Kata Abdu bin Zam'ah, "Anak ini adalah saudara ku. Dia lahir di tikar ayahku, dari sahaya perempuan ayahku." Rasulullah saw. memperhatikan anak itu dengan teliti, ternyata wajahnya memang serupa benar dengan 'Utbah bin Abi Waqqash. Lalu beliau bersabda : "Anak ini untukmu, hai 'Abdu. Iaitu untuk orang yang punya tikar, di mana anak itu dilahirkan. Sedangkan lelaki yang menzinai ibunya tidak punya hak apa-apa terhadapnya. Kerana itu tetaplah kamu menutupkan tabirmu terhadapnya, hai Saudah binti Zam'ah." |