Hadis Sahih Muslim No. 1395 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1395. Dari Zainab binti Ummu Salamah r.a., katanya Ummu Salamah pernah berkata kepada 'Aisyah r.a., "Kenapa anak lelaki yang sudah baligh itu bebas saja keluar masuk rumahmu. Kalau aku, tidak senang dia masuk ke rumahku." Jawab 'Aisyah, "Kenapa kamu tidak mengambil teladan kepada Rasulullah saw.? Sesungguhnya isteri Abu Hudzaifah pernah melapor kepada Rasulullah saw. bahawa Salim bebas saja keluar masuk rumahnya. Padahal Salim itu telah dewasa, sehingga timbul sesuatu dalam diri Abu Hudzaifah. Lalu sabda Rasulullah saw. kepada isteri Abu Hudzaifah, "Susukanlah dia (Salim) sehingga dia menjadi muhrimmu." |