Hadis Sahih Muslim No. 1394 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1394. Dari 'Aisyah r.a., Katanya: "Bahawasanya Salim, maula Abu Hudzaifah, masih tetap tinggal bersama Abu Hudzaifah dan keluarganya di rumah mereka, walaupun Salim telah dimerdekakan. Maka datanglah isteri Abu Hudzaifah kepada Nabi saw. menanyakan hal itu kepada beliau. Katanya: "Salim telah baligh dan berfikiran dewasa. Tetapi dia masih bebas sahaja masuk rumah kami sebagai biasa. Aku khuatir kalau-kalau dalam diri Abu Hudzaifah timbul fikiran yang bukan-bukan." Maka bersabda Nabi saw., "Susukan dia (Salim) supaya engkau jadi muhrimnya. Dan dengan begitu hilang pulalah fikiran yang bukan-bukan dari diri Abu HUdzifah." Pada waktu yang lain, Isteri Abu Hudzaifah datang pula kepada beliau, katanya: "Aku telah menyusukannya dan telah hilang fikiran yang bukan-bukan dari Abu Hudzaifah." |