Hadis Sahih Muslim No. 1392 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1392. Dari Ummul Fadhal r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. ketika beliau sedang berada di rumahku, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Aku telah beristeri, lalu aku kahwin pula dengan wanita lain. Kemudian, isteri pertamaku mengatakan bahawa dia pernah menyusukan isteri ku yang muda itu satu atau dua kali susuan. Bagaimana itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Satu atau dua kali susuan tidak mengharamkan perkahwinan." |