Hadis Sahih Muslim No. 1390 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1390. Dari Umnu Habibah r.a., isteri Nabi saw., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya Rasulullah! Nikahilah saudara ku 'Azzah. Jawab Rasulullah saw., "Betulkah begitu keinginanmu?" Jawab Ummu Habibah, "Benar, ya, Rasulullah! Kerana aku tidak tega anda beristeri kepada yang lain. Tetapi aku ingin yang menjadi sekutuku dalam kebajikan (maduku) saudara ku sendiri." Jawab Rasulullah saw., "Dia ('Azzah) tidak halal bagi ku (kerana ia saudaramu. Tidak boleh menikahi dua saudara sekaligus)." Kata Ummu Habibah, "Aku mendengar berita bahawa anda hendak kahwin dengan Durrah binti Abu Salamah (yakni anak tiri Nabi saw. dengan isterinya Ummu Salamah). Tanya Rasulullah saw. (agak terkejut), "Dengan anak gadis Ummu Salamah?" Jawab Ummu Habibah, "Ya." Sabda Rasulullah saw., "Seandainya dia bukan anak tiriku yang kubesarkan di rumahku (yang halal ku, dia tetap tidak halal bagiku); kerana dia anak saudara susuanku, kerana aku dan Abu Salamah sama-sama menyusu kepada Tsuwaibah. Kerana itu janganlah engkau tawar-tawarkan lagi kepada ku anak-anakmu dan saudara-saudaramu." |