Hadis Sahih Bukhari No. 1390 Jilid 3 Topik adalah Perang 1390, Dari Jabir bin Abdullah r.a., orang Ansar, katanya: Ada seorang laki-laki di antara kami lahir anaknya, lalu dinamakannya Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tidak akan menggelari engkau Abu Qasim (bapa Qasim) dan tiada akan memuliakan engkau kerana itu." Ia pun datang menghadap Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Seorang anak saya lahir, lalu saya namakan Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tiada akan menggelari engkau Abu Qasim dan tiada akan memuliakan engkau." Nabi s.a. w. bersabda: "Benar pendapat orang Ansar! Kamu boleh memberi nama dengan nama saya, tetapi jangan kamu bergelar dengan gelar saya. Hanya sayalah Abu Qasim." |