Hadis Sahih Muslim No. 1389 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1389. Dari Ali r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Mengapa anda sangat mengutamakan pilihan kepada wanita-wanita Quraisy, sehingga mengesampingkan kami?" Jawab Rasulullah saw., "Adakah kamu mengenal wanita yang patut bagiku?" Jawab Ali, "Ya, ada! Iaitu puteri Hamzah." Maka bersabda Rasulullah saw., "Dia tidak halal bagi ku, kerana dia puteri saudara ku sesusuan." |