Hadis Sahih Muslim No. 1387 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1387. Dari Aisyah r.a., katanya: "Paman susuan ku datang dan dia minta izin masuk ke rumah ku. Aku enggan memberinya izin sebelum ada perintah Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw. datang, lalu ku ceritakan kepada beliau bahawa pakcik susuan ku minta izin masuk ke rumah ku, tetapi aku enggan mengizinkannya. Lalu bersabda Rasulullah saw., "Biarkanlah pakcikmu masuk ke rumahmu!" Jawab ku, "Bukankah yang menyusukan ku wanita, bukan lelaki." Jawab Rasulullah saw., "Dia pakcikmu. Biarkanlah dia masuk ke rumahmu!" |