Hadis Sahih Bukhari No. 1387 Jilid 3 Topik adalah Perang 1387, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. berangkat dari 'Usfan dan Rasulullah s.a.w. di atas tunggangannya memboncengkan Shafiah binti Huyai. Unta beliau tertarung, lalu keduanya jatuh. Abu Thalhah lalu melompat dari untanya seraya berkata: "Ya Rasulullah! Kiranya saya dijadikan Tuhan untuk tebusan tuan!" Beliau bersabda: "Tolonglah perempuan itu!" Abu Thalhah mengambil sehelai kain dan ia datang kepada perempuan itu, lalu diberikannya kain itu kepadanya dan ia pun memperbaiki tunggangan keduanya. Lalu keduanya menunggang lagi dan kami mengelilingi Rasulullah s.a.w. Ketika kami hampir ke Madinah, beliau mengucapkan: "Kita orang-orang yang kembali dan taubat kepada Tuhan, orang-orang yang menyembah dan memuji Tuhan". Sentiasa beliau mengucapkan itu sampai masuk Madinah. |