Hadis Sahih Muslim No. 1386 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1386. Dari 'Urwah r.a., katanya 'Aisyah menceritakan kepadanya, bahawa Atlah saudara Abu Qu'ais pernah minta izin kepadanya hendak masuk ke rumahnya, sesudah turun ayat hijab. Sedangkan Abu Qu'ais adalah bapa 'Aisyah kerana susuan. Kata 'Aisyah, "Demi Allah, aku tidak membolehkan Aflah itu masuk, sehingga ada izin Rasulullah saw. lebih dahulu. Sesungguhnya bukan Abu Qu'ais yang menyusukan ku, tetapi adalah isterinya. - (Jadi Abu Qu'ais adalah bapa susuan 'Aisyah dan Aflah pakcik susuannya) - Kata 'Aisyah, "Setelah Rasulullah saw. pulang, ku ceritakan peristiwa itu kepada beliau. Iaitu bahawa Aflah, saudara Abu Qu'ais datang kepada ku dan dia minta dibolehkan masuk. Aku tidak membolehkannya sebelum ada izin dari Rasulullah saw." Sabda Nabi saw., "Izinkanlah dia masuk!" Kata 'Urwah, "Kerana itu Aisyah berkata: "Haramkanlah kerana sesusuan apa yang diharamkan kerana seturunan." |