Hadis Sahih Muslim No. 1383 Jilid 3 Topik adalah Susuan 1383. Dari 'Amrah r.a., katanya 'Aisyah r.a., menceritakan kepadanya bahawa ketika Rasulullah saw. berada di sisi 'Aisyah, dia pernah mendengar suara seorang lelaki minta izin masuk ke rumah Hafshah. Lalu dia katakannya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Ada seorang lelaki minta izin masuk ke rumah isteri anda (Hafshah)," Jawab Rasulullah saw., "Ku kira orang itu pakcik sesusuan dengan Hafshah." Tanya 'Aisyah, "Seandainya pakcik susuanku masih hidup, bolehkah dia masuk ke rumahku?" Jawab Nabi saw., "Tentu saja boleh! Sesusuan menyebabkan haram dikahwini seperti haram kerana sekandungan." |