Hadis Sahih Bukhari No. 1381 Jilid 3 Topik adalah Uhud 1381, Dari Ummu Khalid binti Khalid bin Said r.a., katanya: Saya menghadap Rasulullah s.a.w. bersama bapa saya, dan saya memakai baju kuning. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sanah, sanah!" Kata-kata sanah dalam bahasa Habsyi ertinya "baik". Ummu Khalid berkata: Saya lalu mempermainkan cincin stempel kenabian. Lalu bapa saya melarang. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah!" Kemudian Rasulullah bersabda lagi: "Pakailah baju kuning itu baik-baik sampai habis, pakailah baik-baik sampai habis dan pakailah baik-baik sampai habis!" |