Hadis Sahih Muslim No. 1378 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1378. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia bertanya: "Aku mempunyai seorang sahaya perempuan yang bekerja melayani dan menyiram tanaman kami. Aku sering seketiduran dengannya, tetapi aku tidak mahu kalau dia hamil. Bagaimana itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Jika engkau mahu, lakukanlah 'azal. Namun begitu sekalipun, apa yang telah ditetapkan Allah pasti akan datang jua." Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang pula kepada Nabi saw., katanya: "Sahaya perempuan yang ku ceritakan dulu telah hamil." Jawab Rasulullah saw., "Bukankah aku telah mengatakan kepada anda, bahawa apa yang telah ditetapkan Allah pasti akan datang jua." |