Hadis Sahih Bukhari No. 1378 Jilid 3 Topik adalah Uhud 1378, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Kami ikut serta dalam suatu peperangan bersama Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda tentang seorang laki-laki yang mengaku Islam: "Orang ini termasuk isi neraka!" Setelah peperangan dimulai, laki-laki itu melakukan perlawanan yang sengit, lalu ia mendapat luka. Ada orang berkata: "Hai Rasulullah! Orang yang tuan katakan isi neraka, telah melakukan perlawanan yang sengit dan ia telah mati!" Nabi s.a.w. bersabda: "Ke neraka!"Abu Hurairah berkata: Hampir sebahagian orang banyak keraguan. Ketika mereka dalam keadaan demikian, ada orang mengatakan: Ia belum mati, tetapi luka berat. Setelah hari malam, ia tiada sabar terhadap lukanya, lalu ia membunuh dirinya. Maka hal yang demikian dikhabarkan kepada Nabi s.a.w. Beliau lalu bersabda: "Allah Maha Besar! Saya mengaku bahawa saya hamba Allah dan RasulNya". Kemudian beliau menyuruh Bilal memberitahukan kepada orang banyak: Tiada akan masuk ke dalam syurga melainkan diri (jiwa) yang Muslim. Dan Tuhan menguatkan agama ini dengan laki-laki jahat". |