Hadis Sahih Muslim No. 1376 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1376. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Masalah 'azal pernah dibicarakan orang dekat Nabi saw. Lalu beliau bertanya: "Apa itu 'azal?" Jawab para sahabat, "Seorang lelaki menyetubuhi isterinya yang sedang menyusui anaknya, tetapi dia tidak ingin isterinya itu hamil. Atau seorang lelaki menyetubuhi hamba sahayanya, tetapi dia tidak ingin sahaya itu hamil kerananya." Jawab Nabi saw., "Tidak ada gunanya kalian berbuat seperti itu. Kerana kehamilan itu termasuk qadar." Kata Ibnu 'Aun. "Setelah hal itu ku khabarkan kepada Hasan, maka kata Hasan, "Demi Allah. Sesungguhnya yang demikian itu adalah teguran dari Allah." |