Hadis Sahih Bukhari No. 1376 Jilid 3 Topik adalah Uhud 1376, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdiri di hadapan orang banyak, lalu memuji Tuhan menurut cara yang sepatutnya. Kemudian beliau menyebut Dajjal, lalu bersabda: "Saya memberi peringatan kepada kamu tentang Dajjal itu. Setiap Nabi telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh juga telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Tetapi saya hendak mengatakan kepada kamu tentang Dajjal itu, yang belum pernah diucapkan oleh seorang Nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta matanya sebelah, sedangkan Tuhan itu tiada buta sebelah mata pun". |