Hadis Sahih Muslim No. 1375 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1375. Dari Ibnu Muhairiz r.a., katanya dia dan Abu Shirmah r.a., datang kepada Abu Sa'id Al Khudri r.a., lalu dia bertanya: "Ya, Abu Said Adakah anda mendengar Rasulullah saw. menerangkan perihal 'azal." Jawab Abu Sa'id, "Ya, ada. Iaitu ketika kami berperang bersama-sama Rasulullah saw. memerangi Bani Mushthaliq, kami berhasil menawan wanita-wanita Arab yang cantik-cantik. Kami telah lama kesepian. Sedangkan kami menginginkan tebusan dari tawanan-tawanan itu. Kerana itu kami bermaksud hendak menyetubuhi mereka tetapi dengan 'azal. Lalu kami tanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Tidak ada gunanya kamu melakukan 'azal, kerana sejumput roh yang telah ditetapkan Allah harus tercipta, akan tetap ada hingga hari kiamat." |