Hadis Sahih Bukhari No. 1375 Jilid 3 Topik adalah Uhud 1375, Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata: "Hari Khamis! Apakah hari Khamis itu?" Kemudian ia menangis sehingga air matanya membasahi pasir. Katanya: "Rasulullah s.a.w. sakit keras pada hari Khamis, beliau lalu bersabda: "Bawalah kemari sebuah buku! Saya suruh tuliskan untuk kamu sesuatu yang kamu tiada akan tersesat sesudah itu selamanya". Mereka lalu berselisih, sedangkan berselisih itu tidak patut dekat Nabi. Mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. akan pulang". Beliau bersabda: "Biarkanlah saya! Keadaan saya sekarang lebih baik daripada apa yang kamu katakan". Beliau berwasiat ketika beliau akan wafat dengan tiga perkataan: Pertama: Keluarkanlah orang musyrik dari Jazirah Arab, kedua: sambutlah perutusan sebagaimana saya pernah menyambut mereka, dan yang ketiga: saya (lbnu Abbas) lupa". |