Hadis Sahih Bukhari No. 1372 Jilid 3 Topik adalah Uhud 1372 Dari Abu Juhaifah r.a" katanya: Saya berkata pada Ali:" Adakah pada tuan sesuatu wahyu selain apa yang ada dalam Kitab Allah?" Jawabnya: "Demi Allah, yang memecahkan buah (menumbuhkan) dan menjadikan manusia! Tiada saya ketahui selain faham yang diberikan Tuhan kepada seorang laki-laki tentang Quran dan yang tertulis dalam lembaran ini". Tanya saya: "Apakah yang ditulis di dalamnya?" Jawabnya: "Akal, melepaskan tawanan dan jangan sampai seorang Islam terbunuh kerana seorang kafir". |