Hadis Sahih Muslim No. 1368 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1368. Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Rasulullah saw. pernah ditanya orang tentang seorang perempuan yang telah kahwin, lalu ditalak oleh suaminya, kemudian dia kahwin dengan lelaki lain, lalu ditalak pula oleh suaminya yang kedua ini sebelum mereka melakukan sanggama. Ditanyakan, "Apakah boleh wanita itu kahwin kembali dengan suaminya yang pertama?" Sabda Rasulullah saw., "Tidak boleh, sebelum suaminya yang kedua itu merasakan madunya masing-masing (keduanya bersanggama)." |