Hadis Sahih Bukhari No. 1364 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1364, Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Mengapa tidak engkau senangkan hati saya berkenaan dengan Zul Khalashah? Zul Khalashah itu sebuah rumah berhala suku Khasaam yang dinamakan "Kaabah Yamaniah". Kata Jarir: Saya lalu berangkat dengan seratus lima puluh orang berkuda daripada suku Ahmas. Mereka semua ahli mengenderai kuda, dan saya tidak dapat tetap di atas punggung kuda. Beliau lalu memukul dada saya sehingga kelihatan bekas jari beliau di dada saya. Beliau mendoa: "Ya Allah! Tetapkanlah ia duduk di atas kuda, dan jadikanlah ia penunjuk yang benar!" Jarir berangkat ke Zul Khalashah, lalu dipecahnya dan dibakarnya. Kemudian ia mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w. memberi khabar kepada beliau. Utusan Jarir berkata: "Demi Tuhan yang mengutus tuan dengan kebenaran, saya datang menghadap tuan ketika saya tinggalkan Zul Khalashah itu seolah-olah untanya sakit". Lalu beliau mendoakan keberkatan untuk pasukan kuda dari suku Ahmas dan pemimpin-pemimpin mereka. Beliau doakan sampai lima kali. |