Hadis Sahih Muslim No. 1358 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1358. Dari Anas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. kahwin dengan Zainab, Ummu Sulaim memberikan sebuah kuih dalam mangkuk batu kepada beliau. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada Anas, "Undang ke sini atas namaku siapa saja umat Islam yang berjumpa denganmu!" Maka ku undanglah siapa saja yang berjumpa dengan ku, sehingga tidak ada yang ketinggalan. Mereka datang ke rumah Nabi, keluar masuk bergantian. Nabi saw. meletakkan tangannya di atas makanan, lalu beliau doakan makanan itu seperti yang diajarkan Allah swt. kepada beliau. Para tamu makan semuanya sampai kenyang, dan setelah itu mereka pergi. Kecuali beberapa orang di antara mereka masih tetap bercakap-cakap dan memanjang-manjangkan percakapan mereka. Nabi saw. malu akan menegur mereka, lalu beliau keluar dan meninggalkan mereka dalam rumah. Kerana itu Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah disilakan untuk makan, tanpa menunggu-nunggu makanan terhidang." (Al Ahzab : 53). |