Hadis Sahih Muslim No. 1356 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1356. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah mengadakan pesta perkahwinan beliau dengan para isterinya seramai dan semeriah pesta yang diadakannya ketika perkahwinannya dengan Zainab." Tanya Tsabit Al Bunani, "Dengan apa beliau menjamu ketika itu?" Jawab Anas, "Tetamu-tetamu diberi makan roti dengan daging, dan ternyata makanan itu masih banyak bersisa." |