Hadis Sahih Muslim No. 1350 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1350. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. melihat bekas kuning pada 'Abdur Rahman bin 'Auf. Lalu beliau tanya, "Apa ini?" Jawabnya, "Ya, Rasulullah. Aku baru mengahwini seorang wanita dengan maharnya emas seberat biji kurma." Sabda beliau, "Semoga Allah memberkati perkahwinanmu. Adakanlah jamuan bagi perkahwinanmu itu, walaupun hanya dengan seekor kambing." |