Hadis Sahih Bukhari No. 1348 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1348, Dari Asma' r.a., katanya: Saya membuat makanan untuk Rasulullah s.a.w. di rumah Abu Bakar ketika beliau hendak hijrah ke Madinah. Kata Asma': Kami tiada mendapatkan tali untuk pengikat makanan dan minuman beliau, lalu saya katakan pada Abu Bakar: "Demi Allah, saya tiada mendapatkan sesuatu untuk pengikat, melainkan ikat pinggangku". Katanya: "Belah dualah ikat pinggang itu, dan ikatkanlah yang satu untuk minuman dan yang satu lagi untuk makanan.". Lalu saya lakukan. Kerana itulah Asma' dinamai Zatan nithaqain (yang mempunyai dua ikat pinggang). |