Hadis Sahih Muslim No. 1347 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1347. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw., lalu dia bertanya: "Aku akan mengahwini seorang wanita Ansar; bagaimana nasihat anda?" Jawab Rasulullah saw., "Sudah engkau lihatkah wanita itu? Kerana dalam mata orang Ansar ada sesuatu." Jawab lelaki itu, "Sudah! Aku sudah melihatnya." Tanya Nabi saw., "Berapa mas kahwinnya?" Jawab: "Empat auqiyah." Tanya: "Empat auqiyah? Seakan-akan engkau memungut saja perak di punggung bukit ini. Sedangkan kami tidak punya apa-apa yang dapat kami sumbangkan kepada mu. Tetapi engkau akan kami hantar dalam suatu rombongan yang akan menyertai mu. Kemudian Nabi saw. mengirim suatu pasukan kepada Bani Absi, di mana lelaki itu termasuk di dalamnya." |