Hadis Sahih Muslim No. 1346 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1346. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berada dekat Nabi saw., tiba-tiba datang kepada beliau seorang lelaki minta nasihat, lalu dia berkata: "Aku akan mengahwini seorang wanita Ansar. Bagaimana pendapat anda?" Rasulullah saw. balik bertanya kepadanya, "Sudahkah anda lihat wanita itu?" Jawabnya, "Belum." Sabda beliau, "Lihatlah dia dahulu, kerana dalam mata orang Ansar ada sesuatu. " |