Hadis Sahih Bukhari No. 1345 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1345, Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a.: Rasulullah s.a.w. pada suatu hari menanti musuh sampai matahari condong. Kemudian beliau berdiri di hadapan orang banyak, lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi kalau kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang". Kemudian beliau berkata: "Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka, dan tolong kami melawan mereka.". |