Hadis Sahih Bukhari No. 1342 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1342, Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Saya telah berbaiah (berjanji setia) kepada Nabi s.a.w. Kemudian saya pergi berteduh di bawah sebuah pohon. Ketika orang telah agak lengang, beliau bertanya: "Hai Ibnu Akwa?! Apakah engkau tiada turut berbaiah?" Saya menjawab:"Saya telah berbaiah, hai Rasulullah!" Beliau bersabda: "Berbaiahlah sekali lagi!" Lalu saya berbaiah kali yang kedua. Maka ditanyakan orang kepadanya: "Mengenai apakah kamu berbaiah pada hari itu?" Jawabnya: "Bersedia untuk mati!" |