Hadis Sahih Muslim No. 1341 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1341. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw. tentang seorang sahaya perempuan yang hendak dikahwinkan oleh keluarganya. Perlukah diminta persetujuannya atau tidak?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, perlu!" Tanya 'Aisyah r.a., "Dia pemalu, bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Itulah tandanya setuju, iaitu apabila dia diam." |