Hadis Sahih Muslim No. 1340 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1340. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Seorang wanita janda tidak boleh dikahwinkan begitu saja sebelum diminta persetujuannya; dan seorang gadis tidak boleh dikahwinkan sebelum diminta izinnya." Para sahabat bertanya, , "Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami memperoleh izinnya?" Jawab Rasulullah, "Izinnya ialah jika ia diam." |