Hadis Sahih Bukhari No. 1337 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1337, Dari Amrah binti Abdurrahman, bahawa dia mendengar 'Aisyah r.a. berkata: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada malam kedua puluh lima dari bulan Zulkaedah, dengan tujuan hanya untuk mengerjakan haji. Setelah kami mendekati Mekah, Rasulullah s.a.w. memerintahkan, supaya siapa yang tidak membawa had-ya (binatang korban), apabila telah selesai mengerjakan tawaf dan saai antara Safa dan Marwah, hendaklah menyelesaikan ibadah haji (mencukur atau memotong rambut) dan kembali memakai pakaian biasa. Kata 'Aisyah: "Di hari Nahr (Korban) dibawa orang kepada kami daging sapi". Lalu saya bertanya "Daging apakah ini?" Jawabnya: "Korban Rasulullah s.a.w. untuk isteri-isteri beliau". |