Hadis Sahih Bukhari No. 1336 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1336, Dari Zuhri, katanya : Saya mendengar Kaab bin Malik mengatakan : Rasullullah s.a.w. apabila bermaksud hendak melakukan peperangan biasanya menutup (merahsiakan) dengan menyebut peperangan yang lain, sampai kepada perang Tabuk. Dilaksanakan peperangan itu oleh Nabi s.a.w. pada musim yang sangat panas dan menghadapi perjalanan yang jauh serta melalui gurun pasir, menghadapi peperangan melawan musuh yang sangat banyak jumlahnya. Maka dijelaskan oleh Nabi kepada kaum Muslimin keadaan (kekuatan) musuh, supaya kaum Muslimin mengadakan persiapan (kekuatan) seimbang dengan kekuatan musuh, serta memberitakan kepada mereka tujuan yang hendak dicapai. |