Hadis Sahih Bukhari No. 1335 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1335, Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w. berangkat ke Khaibar. Beliau datang ke situ pada malam hari. Biasanya apabila beliau sampai kepada satu kaum pada malam hari, beliau tiada menyerbu mereka sebelum waktu subuh. Pada pagi harinya, orang Yahudi keluar ke tempat kerja mereka. Ketika mereka melihat beliau, mereka berkata: "Muhammad, demi Allah! Muhammad dan tentera". Lalu, Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Maha Besar! Hancurkanlah Khaibar! Sesungguhnya apabila kami tinggal di halaman rumah satu kaum, maka pagi itu adalah amat buruk bagi orang-orang yang diberi peringatan (tetapi menolak)". |