Hadis Sahih Muslim No. 1333 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1333. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan meminang wanita yang sedang dipinang orang lain, jangan menawar barang yang sedang ditawar orang, jangan menikahi seorang wanita sekaligus dengan bibinya (saudara ibu atau saudara bapaknya), dan janganlah seorang wanita menuntut suaminya supaya menceraikan madunya agar segala keperluannya terpenuhi; tetapi biarkanlah sang suami menikah (sesuai dengan kemampuannya), kerana sesungguhnya bahagian seorang isteri adalah apa yang telah ditentukan Allah jua." |