Hadis Sahih Bukhari No. 1332 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1332, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Thufail bin Amr Ad Dausi bersama kawan-kawannya datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mereka berkata: "Hai Rasulullah! Bahawa suku Daus durhaka dan enggan (tidak mahu menerima kebenaran agama). Maka doakanlah kepada Tuhan supaya mereka binasa!" Ada yang berkata: "Binasalah kiranya suku Daus!" Beliau mendoa: "Ya Allah! Tunjukilah kiranya suku Daus dan pertemukanlah dengan orang Islam!" |