Hadis Sahih Muslim No. 1329 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1329. Dari Khalid bin Muhajir bin Saifullah r.a., katanya: "Ketika dia sedang duduk dengan seorang lelaki, tiba-tiba datang seorang lelaki minta fatwa kepadanya tentang nikah mutaah. Lalu Khalid membolehkannya. Maka berkata Ibnu Abi 'Amrah Al Anshari, "Tunggu dulu. Tidak begitu!" Kata Khalid, "Kenapa? Demi Allah, hal itu pernah dilakukan pada masa Rasulullah saw." Kata Ibnu Abi 'Amrah, "Memang, nikah mutaah pernah dibolehkan pada masa permulaan Islam kerana terpaksa, seperti halnya boleh memakan bangkai, darah, dan daging babi. Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumnya dalam agama, dan melarang melakukannya." |